Monthly Archives: November 2013

Sesuatu yang saya sangat sukai

Piawai

Sesuatu aktiviti yang saya sangat sukai adalah membuat kek, kuih dan biskut. Semasa saya kecil, nenek saya mengajar saya bagaimana membuat kek dan kuih. Saya menjadi “pembantu dapur kecil” nenek dan menolongnya mengukur dan mencampurkan bahan-bahan.

Selepas saya membesar, selain daripada kadang-kadang menolong nenek membuat kek, saya juga membuat kek, biskut dan kuih tanpa apa-apa bimbingan. Biasanya, saya membuat kek, biskuit dan kuih pada cuti sekolah atau hari jadi kawan-kawan dan keluarga. Semasa perayaan Kuih Bulan, saya membuat kuih bulan dialek “teochew” dan kuih bulan “kulit salji” untuk keluarga dan kawan-kawan. Berikut adalah gambar kuih bulan dibuat:

2013-11-03 20.47.07             2013-11-03 20.49.50

Makanan yang saya buat baru-baru ini termasuk biskut dinosaur yang tiga dimensi, kek cawan karot dan biskut cip coklat.

2013-11-03 20.45.47            2013-11-03 20.41.54

Adakah anda rasa lapar selepas anda lihat gambar-gambar makanan? =P

Saya sangat sukai membuat kek, kuih dan biskut sebab melakukan aktiviti ini mengingati saya daripada masa-masa gembira yang saya menghabiskan dengan nenek saya.

Saya juga sangat sukai aktiviti ini kerana  ia membolehkan saya berasa santai. Membuat kek, kuih dan biskut membolehkan saya untuk melepaskan diri dari merenung pada buku dan skrin komputer. Jadi, saya berasa kurang stres.

Membuat kek, kuih dan biskut memberi saya peluang-peluang untuk menjadi kreatif. Menggunakan tangan saya, saya boleh membuat kek rasa yang berlainan dan menghiasi kek dengan reka bentuk berbeza. Ia terpulang kepada imaginasi saya!

Saya berharap bahawa pada akan datang, saya boleh mencapai sijil profesional dalam membuat kek, kuih dan biskut dan mudah-mudahan, membuka kafe saya sendiri.

Menghadapi masalah

Piawai

Sifat pelupa merupakan salah satu kelemahan saya. Saya terlupa di mana saya meletakkan barang-barang saya. Saya pun terlupa membawa barang tertentu dan hanya menyedari selepas saya sampai destinasi saya. Pada masa yang lain, saya mencampurkan temujanji-temujanji saya kerana saya tidak ingat dengan tepat.

forgetful 1

Cerita-cerita sifat pelupa saya menghibur keluarga dan kawan-kawan saya; mereka ketawa apabila mereka mendengar cerita-cerita ini. Namun, apabila cerita-cerita melibatkan mereka,  sifat pelupa saya menyebabkan mereka menjadi marah.

Saya telah mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan daya ingatan saya dan mengurangkan masalah-masalah menyebabkan oleh sifat pelupa.

Untuk mencegah kehilangan barang-barang saya, , saya selalu memeriksa jika saya meninggalkan apa-apa barang-barang di belakang sebelum saya meninggalkan mana-mana tempat.

Mengetahui bahawa ingatan saya hilang macam angin, apabila saya mengingati saya mempunyai barang-barang yang saya mesti membawa pada hari esok, saya akan memasukkan barang itu ke dalam beg saya.

Saya pernah menggunakan buku jadual untuk merekodkan temujanji-temujanji saya. Bagaimanapun, setiap kali saya mencuba idea itu, saya kehilangan buku itu dalam masa beberapa hari. Sekarang, kalau saya mempunyai temujanji dengan sesiapa, saya akan menghantar pesanan ringkasan pada sehari sebelum temujanji untuk mengesahkan temujanji kami. Mereka tahu kalau mereka tidak mendapat apa-apa pesanan ringkasan, ia bermakna saya terlupa temujanji. Kemudian, mereka akan mengingatkan saya.

Dengan cara-cara ini, saya tidak seperti yang pelupa seperti sebelum ini. Namun, semasa tempoh yang saya berasa stres (seperti tempoh peperiksaan) , saya menjadi lebih “blur”. Semasa tempoh itu, saya akan mengingatkan diri saya untuk lebih berhati-hati.

Sehingga kini, saya masih agak pelupa. Walaupun tidak pelupa adalah sesuatu sangat susah untuk saya, saya mahu terus berusaha mengatasi masalah ini.

turtle

Adat di dalam hidup kita

Piawai

Adat terdiri daripada amalan budaya, tradisi dan lain-lain. Dalam hidup kita, terdapat masih kehadiran kukuh adat.

Kita menyambut perayaan seperti Tahun Baru Cina, Krismas, Hari Raya Puasa, Deepavali dengan keluarga dan kawan-kawan kita. Dalam rumah kita, kita masih mengekalkan amalan tradisional. Ambil amalan budaya dalam makanan sebagai contoh, orang Melayu dan India terus lebih suka menggunakan tangan untuk makan; cara ini makan sama seperti cara makan nenek moyang mereka. Orang Cina masih menggunakan penyepit yang dicipta oleh nenek moyang mereka.  Amalan-amalan ini yang kita tidak berfikir dua kali apabila kita melakukan yang sebenarnya bukti bahawa adat masih penting dalam kehidupan kita.

Man Eating Bowl of Rice   hand 1  hand 2  

Namun, disebabkan globalisasi dan pemodenan, kepentingan adat memang beransur-beransur mengurangkan.  Terdapat semakin amalan tradisi yang orang tidak mengamalkan.

Seorang kawan berbangsa Melayu memberitahu saya bahawa dia makan nasi tumpeng dalam rumahnya apabila mereka menyambut majlis istimewa seperti hari jadi dan ulang tahun. Berikut adalah gambar Nasi Tumpeng:

nasi tumpeng

Makan nasi tumpeng menandakan bahawa seseorang telah mengalami detik-detik pahit manis dalam hidup.Dia berasa sedih bahawa kini tidak ramai orang mengamalkan amalan ini. Memang sayang sekali! Kalau amalan budaya dan tradisi tidak diturunkan kepada generasi muda, mereka akan hilang!

Jadi, saya berfikir ia adalah sangat penting memelihara adat kita. Untuk amalan yang anda masih mengamalkan dalam keluarga anda sendiri, ia harus diteruskan.  Selain itu, kita boleh memperkenalkan amalan kaum kita sendiri kepada kawan-kawan yang berbeza bangsa. Contohnya, kawan orang India saya menjemput saya dan kawan-kawan lainnya yang berbangsa Cina menyambut “Holi” atau dikenali sebagai Perayaan Warna (lihat gambar di bawah) dengan keluarganya. Melalui sambutan itu, penghargaan kami bangsa lain mendalam.

Asha Holi Festival of Colors 2012

Pendek kata, apa yang menjadi sebagai warisan adalah bergantung kepada apa yang kita mewariskan kepada generasi akan datang. Oleh itu, semua orang memainkan peranan dalam memastikan bahawa adat diteruskan.

Pengalaman di Pusat Warisan Melayu

Piawai

Saya sangat suka mengetahui tentang sejarah jadi saya sungguh gembira apabila kami perlu melawat Pusat Warisan Melayu sebagai sebahagian daripada keperluan modul saya.

Di Pusat Warisan Melayu, saya mempunyai peluang mencuba Lukisan Batik. Terdapat banyak corak yang anda boleh memilih, contohnya, ikan, burung, angsa dan lain-lain lagi. Saya teringat oleh sebab agama Islam, orang beragama Islam tidak boleh menggunakan binatang sebagai corak Batik. Saya bertanya salah seorang  kakitangan mengapa mereka menggunakan corak-corak binatang. Dia menjawab bahawa kini, Lukisan Batik moden menggunakan corak-corak binatang. Namun, pakaian Batik dengan corak binatang tidak boleh dipakai.

Selepas saya mencuba melukis Batik, saya menyedari Lukisan Batik sangat susah. Saya terpaksa mengawal berus saya dengan berhati-hati. Kalau saya meletakkan terlalu tekanan, warna-warna akan kelihatan amat gelap. Sememangnya, kesabaran saya diuji.

 

IMG_4116

Walaupun ia adalah sangat cabar, ia amat menyeronokkan dan  memuaskan!Berikut adalah hasil seni yang saya telah selesai:

20131103_104307

Saya juga menonton filem secara terbuka di Pusat Warisan Melayu,. Tajuk filem itu “Sepet”. Semua orang duduk di bangku-bangku di padang atau berbaring di atas tikar dan menonton filem daripada sebuah sekrin besar sambil makan kacang putih dan muruku.

Menonton filem secara terbuka dengan ramai orang adalah pengalaman menarik! Saya berasa saya macam di kampung mana masyakat berkumpul untuk menonton filem dan berkongsi makanan.

Selain aktiviti tersebut, saya juga menonton persembahan Mak Yong dan Main Puteri, melawat pameran Ilhan Alam dan membuat boneka Wayang Kulit daripada kertas.

Sesungguhnya, lawatan saya ke Pusat Warisan Melayu sangat berhasil! Saya benar-benar menikmati diri saya. Bukan sahaja saya belajar lebih tentang sejarah dan budaya Melayu melalui pameran dan filem, tetapi juga saya mempunyai peluang untuk mencuba kegiatan baru.