Pengalaman di Pusat Warisan Melayu

Piawai

Saya sangat suka mengetahui tentang sejarah jadi saya sungguh gembira apabila kami perlu melawat Pusat Warisan Melayu sebagai sebahagian daripada keperluan modul saya.

Di Pusat Warisan Melayu, saya mempunyai peluang mencuba Lukisan Batik. Terdapat banyak corak yang anda boleh memilih, contohnya, ikan, burung, angsa dan lain-lain lagi. Saya teringat oleh sebab agama Islam, orang beragama Islam tidak boleh menggunakan binatang sebagai corak Batik. Saya bertanya salah seorang  kakitangan mengapa mereka menggunakan corak-corak binatang. Dia menjawab bahawa kini, Lukisan Batik moden menggunakan corak-corak binatang. Namun, pakaian Batik dengan corak binatang tidak boleh dipakai.

Selepas saya mencuba melukis Batik, saya menyedari Lukisan Batik sangat susah. Saya terpaksa mengawal berus saya dengan berhati-hati. Kalau saya meletakkan terlalu tekanan, warna-warna akan kelihatan amat gelap. Sememangnya, kesabaran saya diuji.

 

IMG_4116

Walaupun ia adalah sangat cabar, ia amat menyeronokkan dan  memuaskan!Berikut adalah hasil seni yang saya telah selesai:

20131103_104307

Saya juga menonton filem secara terbuka di Pusat Warisan Melayu,. Tajuk filem itu “Sepet”. Semua orang duduk di bangku-bangku di padang atau berbaring di atas tikar dan menonton filem daripada sebuah sekrin besar sambil makan kacang putih dan muruku.

Menonton filem secara terbuka dengan ramai orang adalah pengalaman menarik! Saya berasa saya macam di kampung mana masyakat berkumpul untuk menonton filem dan berkongsi makanan.

Selain aktiviti tersebut, saya juga menonton persembahan Mak Yong dan Main Puteri, melawat pameran Ilhan Alam dan membuat boneka Wayang Kulit daripada kertas.

Sesungguhnya, lawatan saya ke Pusat Warisan Melayu sangat berhasil! Saya benar-benar menikmati diri saya. Bukan sahaja saya belajar lebih tentang sejarah dan budaya Melayu melalui pameran dan filem, tetapi juga saya mempunyai peluang untuk mencuba kegiatan baru.

One response »

  1. Batik lukisan anda itu cantik! Orang Melayu kebanyakannya orang Islam jadi mereka tidak melukis gambar manusia (orang) atau binatang-binatang. Corak-corak selalunya daripada flora dan fauna. Saya gembira anda seronok di Kampung Glam.

Tinggalkan komen