Sesuatu yang saya sangat sukai

Piawai

Sesuatu aktiviti yang saya sangat sukai adalah membuat kek, kuih dan biskut. Semasa saya kecil, nenek saya mengajar saya bagaimana membuat kek dan kuih. Saya menjadi “pembantu dapur kecil” nenek dan menolongnya mengukur dan mencampurkan bahan-bahan.

Selepas saya membesar, selain daripada kadang-kadang menolong nenek membuat kek, saya juga membuat kek, biskut dan kuih tanpa apa-apa bimbingan. Biasanya, saya membuat kek, biskuit dan kuih pada cuti sekolah atau hari jadi kawan-kawan dan keluarga. Semasa perayaan Kuih Bulan, saya membuat kuih bulan dialek “teochew” dan kuih bulan “kulit salji” untuk keluarga dan kawan-kawan. Berikut adalah gambar kuih bulan dibuat:

2013-11-03 20.47.07             2013-11-03 20.49.50

Makanan yang saya buat baru-baru ini termasuk biskut dinosaur yang tiga dimensi, kek cawan karot dan biskut cip coklat.

2013-11-03 20.45.47            2013-11-03 20.41.54

Adakah anda rasa lapar selepas anda lihat gambar-gambar makanan? =P

Saya sangat sukai membuat kek, kuih dan biskut sebab melakukan aktiviti ini mengingati saya daripada masa-masa gembira yang saya menghabiskan dengan nenek saya.

Saya juga sangat sukai aktiviti ini kerana  ia membolehkan saya berasa santai. Membuat kek, kuih dan biskut membolehkan saya untuk melepaskan diri dari merenung pada buku dan skrin komputer. Jadi, saya berasa kurang stres.

Membuat kek, kuih dan biskut memberi saya peluang-peluang untuk menjadi kreatif. Menggunakan tangan saya, saya boleh membuat kek rasa yang berlainan dan menghiasi kek dengan reka bentuk berbeza. Ia terpulang kepada imaginasi saya!

Saya berharap bahawa pada akan datang, saya boleh mencapai sijil profesional dalam membuat kek, kuih dan biskut dan mudah-mudahan, membuka kafe saya sendiri.

One response »

Tinggalkan komen